




| Kata/Peribahasa | Takrif | Sumber |
|---|---|---|
| emosi | /émosi/ 1. perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah dll. 2. keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. | Kamus Pelajar |
| emosi | (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis;beremosi mempunyai emosi: peluang komunikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Tiga |
| emosi | (émosi) perasaan jiwa yg kuat, spt sedih, gembira, takut, dll: masalah bahasa boleh menimbulkan sentimen dan ~ yg kurang sihat; ada juga beberapa perkara lagi yg perlu diketahui oleh bakal seniman, misalnya soal menunjukkan ~, ketawa, dan menangis; beremosi mempunyai emosi: peluang komu-nikasi spt itu, lagi tepat dan jelas, lagi tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Empat |
| emosi | /émosi/ 1 perasaan jiwa (batin) yg kuat spt sedih, marah. 2 keadaan perasan atau fikiran yg terangsang dan melibatkan perubahan psikologi dan fisiologi pd seseorang. beremosi dgn emosi; emosional: Penceramah begitu ~ dlm menyuarakan pendapatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
N/B: Bagaimana emosi kalian setelah melihat gambar2 di atas?adakah kalian berkongsi emosi dengan mereka?bagaimana pula emosi kalian apabila ajaran agama/umat Islam dipermainkan,dihina dan dilabelkan sebagai ganas dan tidak bertamadun oleh mereka yang memusuhi Islam(kafir) dan juga dikalangan umat Islam sendiri yang mentafsirkan agama dengan akal semata-mata dan memahami Islam daripada perspektif Barat.Begitu juga mereka yang masih mengagungkan perundangan penjajah walaupun zaman penjajahan telah berlalu.Negara kita sudah merdeka tetapi ada jiwa yang masih terbelenggu.
Ya,sekarang ini saya sedang beremosi atas apa yang berlaku tetapi masih rasional kerana saya percaya kebenaran dan kejayaan adalah milik mereka-mereka yang bersabar.

