LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Ahad, September 12, 2010

SALAM KEMENANGAN DAN TERUSKAN PERJUANGAN

Hidup ini satu perjuangan dan menuntut pengorbanan. Tidak kira apa bidang dan lapangan kita. Semua mempunyai peranan/tanggungjawab yang perlu digalas. Hidup kita tidak berpaksi kepada diri sendiri sahaja, tetapi dalam skala yang lebih besar iaitu kesatuan ummah. Bulan Ramadhan mendidik kita supaya lebih menghargai sesama insan. Tiada beza antara kita melainkan tahap ketakwaan kepada Allah S.W.T. Nasib yang berbeza bukan menunjukkan kita lebih beruntung ttp sebahagian daripada ujian untuk melihat siapa yang lebih bersyukur dan redha atas apa yang 'dianugerahkan'. Bulan Syawal menandakan kemenangan,walaupun tahapnya mungkin berbeza antara satu sama lain. Ini adalah rahmat Allah S.W.T ke atas hambanya. (disebalik kesusahan/kesukaran diberi kesenangan/kemudahan).
Saya mengambil kesempatan, ingin memohon maaf zahir batin andai sewaktu saya berblog. Saya ada menyinggung perasaan sesetengah pihak dengan komen/ulasan/pendapat yang kurang menyenangkan. Niat saya tidak lain, tidak bukan hanya untuk berkongsi 'rasa' tentang sesuatu yang menuntut pengorbanan kita semua. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi galakan/nasihat/teguran yang membina dalam kita melayari bahtera kehidupan.
Tidak lupa juga kepada insan yang berkorban disaat insan lain bergembira bersama keluarga pada 1 Syawal. Walaupun mereka dibayar gaji untuk bekerja pada waktu itu, tetapi wang ringgit bukan ukuran, berbanding berada bersama insan/keluarga/ibubapa yang masih ada. Untuk mereka yang terkorban, mereka-mereka telah berkorban demi kelangsungan insan seterusnya.

N/B: Maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengerapkan diri melawat laman-laman sahabat kerana hambatan tugas dan komitmen yang bertambah.

10 ulasan:

terokai seni berkata...

teruskan perjuangan selama kita anda di atas jalan yang lurus dalam mencari keredhaan-Nya

saharul berkata...

yg penting kita sentiasa memilih jalan yg lurus...dan Insyaalah jalan yg dipilih mendapat barakahNya..

Abd Razak berkata...

Salam...

Saya pun mohon maaf juga atas keterlanjuran dalam berbicara di sini..

Teruskan usaha murni sdra..

Nia berkata...

salam aidilfitri,,

semoga perjuangan saudara mndapt keberkatan dan keredhaanNYA..

zulkbo berkata...

Andai mulut tersalah kata,perbuatan
tidak desenangi,janji tidak terlaksana
yang termakan dan terminum ,moga di maafkan
dan dihalalkan..Selamat Hari Raya maaf
zahir dan batin..

mazru berkata...

salam...

sama la koi pun gitu jugek,maaf kalo ander komen2 koi disini yg agok kurang elok atau kurang sesuai gitu.. :)

banyok aok buat lemang tahun ni weh?

pecinta_Islam berkata...

teruskan perjuangan mu sahabat
:)

Amri Abd Rani berkata...

dunia penuh perjuangan..
kalah di sini tidak mengapa...
tapi mesti menang di SANA....

AkuMuzikFilem berkata...

Salam perkenalan. Teruskan perjuangan menulis saudara. Kawan tertarik dengan komen saudara di blog anak Pahang berkenaan loghat Pahang. Cerdik nampak tulisan tu. Saudara memang asal Pahang?

pensel kayu berkata...

ALLAHU Akbar!

Related Posts with Thumbnails