LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Rabu, Mei 23, 2012

PERJUANGAN KEBEBASAN PALESTIN

Assalamualaikum saya ucapkan kepada rakan rakan sekalian.Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T.Sudah lama saya tidak mengemaskini laman blog ini.Untuk makluman,untuk beberapa ketika,saya tidak dapat memasuki 'papan pemuka' blog saya ini.Atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui.Begitu banyak senario yang berlaku di sekitar kita pada waktu ini.Semoga kita semua diberi kekuatan dalam menempuh hari-hari mendatang.Saya mulakan catatan dengan utusan sampul surat dibawah.


Sampul Surat Hari Pertama merupakan sampul yang dikeluarkan pada hari yang sama setem peringatan dikeluarkan. Cop rasmi (tanda pos) hari pertama adalah berbeza dengan cop pembatalan biasa yang digunakan di pejabat pos pada hari-hari biasa.
Dalam bahasa mudah sampul surat hari pertama dikeluarkan untuk mengenangkan peristiwa penting dalam tahun tersebut.Sampul surat diatas telah dikeluarkan pada 21hb Ogos 1982.
Begitu banyak resolusi,persidangan,dialog mengenai permasalahan Palestin ini.Namun kerberhasilannya amatlah mendukacitakan kita semua.Sesuailah sangat dengan panggilan ringkas sebuah badan Islam di peringkat antarabangsa iaitu O.I.C.(oo i see).Mereka hanya mampu melihat,disamping memberikan komen-komen yang berlapik/lembut tentang sesuatu isu yang melibatkan umat Islam.Lihatlah berapa lama masa yang diambil mereka (OIC) dalam konflik yang berlaku di Bosnia awal tahun 1993?Apa yang dilakukan mereka (OIC).Berbeza dengan badan yang menaungi Barat/Kristian iaitu NATO (Pertubuhan Atlantik Utara).Mereka (NATO) begitu cepat campur tangan jika bersangkut dengan kepentingan mereka.
Adakah masalah dunia Islam tidak penting bagi kita? oo i see.Kita (kebanyakkan negara Islam berada dalam zon konflik berkepentingan.Ada sesuatu yang lebih penting dalam minda mereka (baca:pemimpin beragama Islam) iaitu KUASA,MAHZAB POLITIK/AGAMA,SUKU KETURUNAN,BONEKA dll

Related Posts with Thumbnails