Hidup ini satu perjuangan dan menuntut pengorbanan. Tidak kira apa bidang dan lapangan kita. Semua mempunyai peranan/tanggungjawab yang perlu digalas. Hidup kita tidak berpaksi kepada diri sendiri sahaja, tetapi dalam skala yang lebih besar iaitu kesatuan ummah. Bulan Ramadhan mendidik kita supaya lebih menghargai sesama insan. Tiada beza antara kita melainkan tahap ketakwaan kepada Allah S.W.T. Nasib yang berbeza bukan menunjukkan kita lebih beruntung ttp sebahagian daripada ujian untuk melihat siapa yang lebih bersyukur dan redha atas apa yang 'dianugerahkan'. Bulan Syawal menandakan kemenangan,walaupun tahapnya mungkin berbeza antara satu sama lain. Ini adalah rahmat Allah S.W.T ke atas hambanya. (disebalik kesusahan/kesukaran diberi kesenangan/kemudahan).
Saya mengambil kesempatan, ingin memohon maaf zahir batin andai sewaktu saya berblog. Saya ada menyinggung perasaan sesetengah pihak dengan komen/ulasan/pendapat yang kurang menyenangkan. Niat saya tidak lain, tidak bukan hanya untuk berkongsi 'rasa' tentang sesuatu yang menuntut pengorbanan kita semua. Tidak lupa kepada sahabat-sahabat yang sentiasa memberi galakan/nasihat/teguran yang membina dalam kita melayari bahtera kehidupan.
Tidak lupa juga kepada insan yang berkorban disaat insan lain bergembira bersama keluarga pada 1 Syawal. Walaupun mereka dibayar gaji untuk bekerja pada waktu itu, tetapi wang ringgit bukan ukuran, berbanding berada bersama insan/keluarga/ibubapa yang masih ada. Untuk mereka yang terkorban, mereka-mereka telah berkorban demi kelangsungan insan seterusnya.
N/B: Maaf sekali lagi kerana tidak dapat mengerapkan diri melawat laman-laman sahabat kerana hambatan tugas dan komitmen yang bertambah.
-