LAMAN BLOG INI DIDEDIKASIKAN KEPADA UMAT ISLAM PALESTIN YANG DITINDAS SEKIAN LAMA DAN JUGA TARAFNYA SEBAGAI BUMI JIHAD UTAMA.ALLAH S.W.T SENGAJA MEMBIARKAN BUMI INI BERGOLAK UNTUK MELIHAT KEPRIHATINAN UMAT ISLAM DALAM MELAKSANAKAN RUKUN JIHAD SEPERTI YANG TERKANDUNG DIDALAM AL-QURAN
BANTULAH RAKYAT PALESTIN DENGAN DOA,DERMA,BOIKOT,PENULISAN,DEMONSTRASI DAN JIHAD AL-QITAL.
"ANDAI API JIHAD TIDAK MENYALA, BARANYA USAH BIAR PADAM"


KARTUN HOLOCAUST

Isnin, Julai 26, 2010

SOALAN DAN JAWAPAN

Bagaimanakah kita mahu membebaskan bumi Palestin? Apakah cara yang perlu digunakan? Adakah kita selama ini telah melakukan sesuatu? Banyak persolan yang perlu dijawab. Lebih-lebih lagi umat Islam yang mengaku bersaudara dari sudut akidah.
Berdasarkan pemerhati saya pasca serangan LL4G di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini . Ramai umat Islam tanpa segan silu meninggalkan jejak di premis yang dicanangkan menyumbangkan dana kepada kelangsungan hayat yahudi Zionis seperti McD, Starbuck dll. Amat mendukacitakan disaat rakyat Palestin merintih pertolongan kita, ramai diantara kita bersuka ria menikmati perkhidmatan yang disediakan.
Ini bukan tuduhan membuta tuli dan mahu merosakkan ekonomi peniaga Islam (francais Muslim) tetapi berdasarkan kajian yang dibuat oleh badan-badan antarabangsa yang memantau aliran tunai yang mengalir kepada Yahudi Zionis. Perubahan yang dibuat memerlukan keazaman yang tinggi semua pihak. Sebelah pihak perlu berkorban jika mahu menunaikan hak sesama muslim. Saya tahu implikasi yang akan berlaku, tetapi apa pilihan kita? berubah @ rebah.
Ada orang hanya bersandar kepada doa semata-mata. Ramai yang menganjurkan supaya kita berdoa untuk kemenangan mereka tanpa melakukan tindakan susulan. Sepatutnya doa+usaha+tawakkal =kejayaan (insya'Allah). Saya tidak menafikan fadilat berdoa, dan Allah juga mampu memakbulkan doa kita. Malahan Allah juga mampu mengirimkan burung Ababil untuk memusnahkan Yahudi Zionis, tetapi cukupkah hanya dengan berdoa? Dan ada yang mengatakan jihad hawa nafsu lebih penting/utama/besar. Bukankah orang yang mahu berperang sudah berjaya menundukkan nafsunya daripada menetap didalam daerah yang penuh tipu daya?(harta/pangkat/anak isteri dll) Nabi dan para sahabat berjihad hawa nafsu selepas kembali dari medan perang, bukan menidakkan perang. Kalau hanya berdoa menjadi sandaran, bukankah doa Nabi lebih mustajab daripada doa kita? Tetapi kenapa Nabi turut berperang dan mendapat kecederaan? Itu menunjukkan peperangan juga satu jalan. (hingga ke hari ini) bukan hanya menjadi subjek sejarah untuk dikenang oleh umat Islam. Mengapa takut menyatakan perang adalah jawapan kepada kebiadapan Zionis? Kita bukan tidak mampu, tetapi kita dihinggapi penyakit 'cinta dunia takut mati' .Lihatlah kemewahan yang dilimpahkan kepada negara Arab/Islam, tetapi masih tidak dapat menggegarkan Zionis. Malahan menjadi talibarut mereka dengan menyediakan pengkalan tentera asing/kafir . Anjuran untuk membentuk kekuatan dalaman individu muslim itu satu kaedah dan tidak dapat dinafikan tetapi perang adalah jawapannya. Bila sudah menemui jawapannya. Terpulanglah kepada kita untuk berorganisasi/mempersiapkan diri @ lebih selesa dengan pengertian jihad yang kita pegang/yakini.
Jarum yahudi juga meresap dalam gerakan Islam. Contoh: sebuah gerakan kerohanian telah menggugurkan rukun jihad menentang penjajah di India suatu masa dahulu, atas alasan taat kepada pemerintah. Sedangkan British pada waktu itu adalah penjajah! Sebab itu mereka (gerakan tadi) dibiarkan bebas di mana-mana negara, kerana mereka bukan menjadi ancaman kepada Imperialis.mereka ‘asyik’ dengan ibadat tanpa mempedulikan nasib yang menimpa saudara seagama. Hinggakan seorang abid (ahli ibadah) yg berjuaraian airmata beribadat di dalam masjid ditegur kerana asyik beribadat tanpa mempedulikan masalah umat.
Saya tertarik dgn frasa’ yahudi tidak takut kepada umat Islam jika saf solat subuhnya tidak penuh’(kita terima bulat-bulat dakwaan mereka?). Jika penuh sekalipun tanpa diterapkan semangat jihad dan masalah umat, jadilah juga mereka seperti ahli ibadah tadi.
-Adakah penghantaran bantuan yang berupa makanan, ubat-ubatan, bahan binaan kepada rakyat Palestin menggegarkan Yahudi Zionis?
-Ya, bantuan itu meringankan penderitaan mereka tetapi kita mahu membebaskan tanah air mereka @ kita hanya menghantar/mengirimkan bekalan sara hidup kepada banduan di penjara? (mereka terpenjara/banduan di negara sendiri)
-Apa tekanan dunia Islam kepada Yahudi Zionis di peringkat antarabangsa? boikot? sekatan ekonomi? @ sekadar mesyuarat/sidang tergempar?
-Bagaimana kita mahu memahamkan mereka (Zionis) jika mereka sendiri yang mahu memusnahkan Palestin.
-Saya tidak menafikan bantuan yang diberikan selama ini, cuma persoalannya. Apakah sikap sebenar dan harapan kita pada Palestin? dan dimanakah kesungguhan kita melawan/mengekang Yahudi Zionis?

N/B: Saya yang menulis ini pun bukannya ilmu penuh di dada dan gagah perkasa. Cuma ingin memberi pandangan tentang cara penyelesaian tragedi ini. (saya rasa semua tahu jawapannya, cuma telah dipesongkan/memesongkan makna jihad/menyempitkan/meninggalkan sebahagiannya kerana mengejar jihad yang memberi habuan mengikut selera masing-masing dan bersikap lunak kepada orang kafir yang memerangi kita) Apabila semua sudah jelas. Barulah tindakan susulan akan menyusul kerana kita telah menemui jawapannya.
Wallahu'alam.

Selasa, Julai 20, 2010

WALAUPUN BERISIKO

Saya berblog untuk meluahkan apa yang berlaku di sekeliling saya. Lebih-lebih lagi berkenaan sekitar dunia Islam. Pada saya, berblog adalah medium baru dalam penyampaian. Sebelum ini saya hanya meluahkan apa yang terbuku di hati kepada rakan-rakan dan sesekali menghantar buah fikir ke media cetak. Khalayak medium baru (blog) ini lebih meluas dan pelbagai ragam. Pemblog akan mendapat respon dengan lebih cepat kerana dunia di hujung jari.

Blog saya memaparkan buah fikir saya mengenai isu Palestin dan belum tentu semua khalayak dapat menerimanya kerana saya memaparkan perspektif dari sudut yang berbeza.

Terma ‘perang’ dan ‘jihad’ sering menjadi kata kunci kepada tulisan saya. Boleh jadi khalayak akan mengatakan saya seorang yang ekstrim, keras dsb. Ya, saya seorang yang ekstrim, keras, hanya kepada mereka yang juga ekstrim dan keras kepada umat Islam. Walaupun fokus kepedulian nampak cenderung kepada umat Islam tetapi tempiasnya juga meliputi seisi alam kerana Islam menjunjung keadilan kepada semua makhluk.

Saya juga berharap mendapat teguran/kritikan daripada sahabat-sahabat blog agar saya tidak terkeluar dari landasan keimanan.

Walaupun berisiko, ia tetap/mesti/ dilakukan atas dasar kecintaan/kepedulian sesama Islam. Walaupun saya tahu ia akan/mungkin mendatangkan risiko kepada saya.

“Jika takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan”

“Kita bukanlah yang memulai @ mengakhirinya tetapi kita adalah rantai-rantai perjuangan”

Petikan artikel saya pada 31 Mac 2010

YAKIN DAN PERCAYA


Kita sebagai seorang Islam percaya adanya Allah s.w.t dengan sifat 20 yang wajib, sifat 20 yang mustahil dan 99 nama-namaNya (asmaul husna), namun kita kurang yakin dari segi:

REZEKI
Kita takut rezeki kita tiada sedangkan rezeki kita telah ditentukan kadarnya sejak azali. Yakin hanya dengan pekerjaan/kerjaya tertentu sahaja akan memberikan kita rezeki sedangkan rezeki Allah s.w.t meliputi langit dan bumi, janji kita berusaha dan bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan.
Takut ditukar/dibuang kerja jika menyatakan kebenaran, mengkritik, membongkar penyelewengan dan berlepas tangan daripada persubahatan-jika bekerja dengan kerajaan @ majikan, jika bekerja swasta @ perniagaan akan merosot jika bekerja sendiri.

MATI
Takut mati syahid, sedangkan mati itu pasti dan kematian boleh datang dengan pelbagai cara, tidak semestinya kematian menjemput sewaktu berperang membantu saudara seislam yang ditindas dan membela agama Allah. Kita juga tidak mengetahui bila, di mana, dan bagaimana kita akan mati.
Kerana kurang yakinlah kita lemah dari segala segi, kerana kita yakin manusialah yang menentukan perjalanan dan hala tuju hidup kita.
Jika kita benar-benar yakin dan percaya, hidup, mati, jodoh, rezeki di tangan Allah s.w.t, kita tidak akan bergantung/berharap/takut sesama manusia. Cukuplah Allah sebaik-baik penolong, perbendaharaanNya meliputi seisi alam (tidak pernah berkurang), tiada daya upaya melainkan Dia, daripadaNya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali kerana nyawa kita berada di genggamanNya.
wallahu a'lam

TERIMA KASIH SAHABAT

Salam kepada semua sahabat blog. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana lewat untuk menayangkan 'anugerah' yg diberikan. Sengaja dibuat lewat untuk mengumpulkan sebanyak mungkin 'anugerah' dari para sahabat.(macam anugerah bintang popular la pula).
http://eddyboyz86.blogspot.com/(En Eddy)
Seorang anak muda yang kreatif, lihatlah 'anugerah' yang direka. Beliau meminati bidang keusahawanan.
http://cemomoi.blospot.com/(En Cemomoi)
Seorang 'otai' dari Pahang. Juga menentang arus macam saya. Kalau ikut arus, jawapannya hanyut....(betul tak En Cemomoi?)
Ada vespa ni, boleh la kita buat misi kemanusiaan ke Palestin.
http://fiverobindas.blogspot.com/(Cik Yun)
Seorang wanita yang berprinsip dan tegas (kalau dinilai dari entrinya). Tetapi sesetengah entrinya membuat saya ketawa.(ha ha ha). dalam keseriusannya ada humor.
http:shamdaniel.blogspot.com/(En Echam)
Seorang anak muda yang berterus-terang dalam menilai apa yang berlegar di sekitarnya. Saya paling suka ayat "palat la aok B...(Nampak kePAHANGannya)
http://akuanakpahang.blogspot.com/(En Yassin)
Seorang lagi 'otai' dari Pahang. Blog yang memapar isu-isu semasa. Berlapik dalam berbicara. Mungkin mahu menjaga hati rakan-rakan supaya tidak terluka. Ye la En Yassin kan makan garam dulu dari saya.(harap-harap tak terkena darah tinggi udah le.He he he)

saya berharap wilayah persaudaraan yang dibina akan terus kekal/kukuh di sanubari, bahawa sahabat kita di alam siber yang pernah hadir/wujud memberi erti kepada kita dan semua.Insya'Allah.Wallahu'alam

Sabtu, Julai 17, 2010

PELAWAT DARI ISRAEL


31.

Israel1July 9, 2010

Terima kasih kerana melawat blog http://kabilahmerdeka.blogspot.com/. Tidak kira pun siapa anda. Sama ada anda rakyat biasa @ dari kalangan perisik yang memantau darjah kebencian dunia kepada negara anda dan Rejim Zionis. Saya tetap mengalu-alukan kedatangan anda ke sini.
Biar anda lihat bagaimana pandangan saya dan seluruh dunia yang bersimpati dengan rakyat Palestin tentang negara anda.(Israel).
Usah ditanya mengapa anda (dibenci) tetapi lihatlah apa yang anda (Israel) lakukan kepada rakyat Palestin. Anda telah lupa bagaimana Umat/Pemimpin Islam menerima anda (kaum yahudi) sewaktu anda (kaum Yahudi) dihalau/dihina/dinafikan hak pada suatu masa dahulu.
Walaupun dendam kami (umat terdahulu) memuncak kepada anda, atas apa yang anda lakukan kepada para Nabi, tetapi ajaran Islam tetap menganjurkan kasih-sayang.
Lihatlah bagaimana anda lakukan bila anda merampas Baitulmaqdis, masjid-masjid kami telah anda cemari dengan darah dan najis anda!
Kenapa anda menghalakan kemarahan kepada umat Islam di atas tragedi holocoust? (andai ianya benar berlaku).
Ia, kitab kami (al-Quran) ada memberitahu tentang pemusuhan antara kita (Islam dan Yahudi) akan berlaku hingga ke hari kiamat. Kami juga diberitahu bahawa tidak semua yahudi itu kejam. (anti-kemanusiaan) dan saya berharap anda yang berkunjung ke blog saya seorang yang bersifat insan.

N/B: Tiada negara Israel, yang ada hanyalah bangsa Yahudi di dalam negara Palestin. Ingatlah Allah telah menjadikan anda (bangsa Yahudi), bangsa yang melata (tanpa negara).

Khamis, Julai 15, 2010

BIAR GAMBAR INI BERBICARA

JANGAN BUTAKAN MATA PEKAKKAN TELINGA



SAMPAI BILA? DARI GENERASI KE GENERASI


DENGAN HARTA, JIWA DAN SEGENAP KEPUNYAAN


ADAKAH PELURU INI SEBAHAGIAN DARIPADA SUMBANGAN KITA?

Ada suara menyeru supaya tidak perlu gundah gulana di atas apa yang berlaku, kerana semua sudah tertulis dan satu masa nanti yahudi akan hancur.
soalan saya, adakah kita tahu zaman yang dinantikan itu dan perlukah kita hanya berdiam diri sambil menunggu kedatangan Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi?
Tentu ada perbezaan jika kita bertindak daripada hanya berdiam diri.
Walaupun kita kalah sekalipun, perjuangan tidak harus terhenti disini, kerana Allah S.W.T melihat usaha dan kesungguhan kita.
Apa yang saya lihat selama ini, tiada satu tindakan yang konkrit/bersepadu yang diambil oleh negara umat Islam dalam menghadapi Yahudi Zionis.
Ya, sudah tentu perpaduan sesama umat Islam menjadi punca. Mengapa kita tidak bersatu? Pada pandangan saya yang naif ini, kerana kita tidak kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan pada peringkat individu tetapi peringkat kenegaraan/kepimpinan. Lihatlah ideologi yang dianuti oleh negara umat Islam. Semuanya menganut fahaman ciptaan manusia seperti fahaman Baath dll. Begitu juga Arab Saudi yang kononnya begitu menjaga persoalan Bidaah (furu), dalam persoalan ibadah sehingga merobohkan monumen sejarah/tinggalan Nabi, tetapi amat berlembut dengan negara Kafir bahkan membenarkan pangkalan tentera asing di negara meraka.(digunakan untuk menyerang negara umat Islam)-memalukan

Isnin, Julai 12, 2010

BAHASA MEREKA



Bagaimana kita mahu memahamkan mereka.
Sedangkan mereka sendiri yang mahu
Menyakiti,
Memenjarakan,
Memusnahkan Palestin.

Disaat kita mengirimkan ubat-ubatan, makanan dan bahan binaan.

Apa yang kita harapkan daripada mereka?
Supaya mereka akur dengan kita?
Mereka adalah bangsa yang tidak pernah akur kepada sesiapa.
Mereka adalah bangsa yang terkenal dengan permusuhan dan tipu daya.

Lalu, apakah yang dapat memahamkan mereka?
Fikir-fikirkanlah wahai umat Islam....
Lebih-lebih lagi pimpinan Islam yang kononnya prihatin tentang masalah umat.

Adakah kamu hanya mampu berucap di pentas sambil mengutuk kekejaman yahudi Zionis?
Lebih parah lagi untuk memboikot barangan, perkhidmatan pun kamu masih berdolak dalih!
Apatah lagi, mahu mengirimkan armada perang!

Oh, sebenarnya kamu sedang berpura-pura....
Dan kami sedang melihat sandiwaramu itu.

Terpaksalah kami berjuang dengan cara kami sendiri....

"Tiada bahasa yang dapat memahamkan mereka, kecuali bahasa pedang (perang)"

Sabtu, Julai 10, 2010

KHABAR DARI TEMASIK


Pihak berkuasa Singapura menahan pelatih tentera berusia 20 tahun yang berhasrat bergabung/berperang bersama kumpulan pejuang Islam di Timur Tengah, Afghanistan dan Iraq, lapor sumber kerajaan. Warga Singapura, Muhammad Fadil bin Abdul Hamid ditahan April lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan dia dipenjara tanpa perbicaraan. Beliau yang menjalani dua tahun latihan khidmat negara didakwa terpengaruh dengan beberapa syarahan ketua kumpulan radikal seperti Anwar al-Awlaki dan sheikh Feiz Muhammad.
"Beliau percaya menjadi tanggungjawab agama untuk dia berjuang bersama anggota kumpulan pejuang atas tujuan jihad" kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri (MHA)

NB: Tribulasi/mehnah dalam perjuangan. Di saat insan lain mencari kesenangan dalam kehidupan, engkau memilih jalan yang 'asing' pada pandangan kebanyakkan orang. Salut untuk anak muda. Semoga hatimu terus cekal......

Selasa, Julai 06, 2010

JIHAD LAGI....


Jihad adalah...
Perjuangan untuk membebaskan diri dari kejahilan (ilmu).
Perjuangan untuk membebaskan diri dari belenggu syahwat (hawa nafsu).
Perjuangan untuk membebaskan diri dari meminta-minta (ekonomi).
Perjuangan untuk membebaskan diri dari dijajah (peperangan).
Segala-galanya adalah jihad.
Andai dilakukannya kerana Allah S.W.T.

Tetapi ...
Mengapa kita membiarkan saudara kita terkontang-kanting tanpa pembelaan?
lihat Selatan Thailand, Selatan Filipina, Khasmir, Chechnya dan permulaannya di Palestin.

Sungguhpun kita dipisahkan dengan sempadan geografi, bangsa dan negara.
Kita tetap bersaudara dengan lafaz Syahadah.

Apa yang mengikat kita?
Andai ada yang mengatakan kita miskin....
ada negara umat Islam yang kaya.
Andai ada yang mengatakan kita tidak berilmu...
Lihatlah sarjana-sarjana beragama Islam yang dihasilkan saban tahun.
Andai ada yang mengatakan kita masih tidak mampu melawan hawa nafsu.
Ya...
Kerana harta kekayaan, ilmu dan segalanya telah membutakan kita.
Kerana kita telah meninggalkan jihad peperangan disaat ia diperlukan.
Kita menganggap jihad tersebut tidak relevan di zaman ini.
Ada juga yang mengatakan ianya hanya jihad kecil.

Maka lihatlah...
Kisah yang tiada kesudahan.
Silih berganti umpama sebuah drama.
Ada tangisan dan air mata.
Untuk tatapan kita semua.

Ahad, Julai 04, 2010

MUJAHIDDIN MELAYU

Berbicara tentang Mujahidin, pasti ramai antara kita tidak menyangka bahawa bangsa Melayu yang kerdil ini juga mampu melahirkan barisan Tentera Allah yang sanggup berdada/berdepan dengan tentera Kuffar laknatullah. Kini, hamba persembahkan kepada kalian sebuah kisah yang amat jarang untuk didengari dari lidah-lidah agamawan Malaysia, kisah yang tak semua sanggup & berani untuk diceritakan kepada pelapis-pelapis anak jantan Islam berbangsa Melayu, mahupun hendak dijadikan cerita sebelum tidur anak-anak Muslim.
Inilah kisah dari seribu kisah, kisah kerdil disaluti darah, darah sang Pejuang demi membela Islam nan Suci. Bacalah, hayatilah, tangisilah, insafilah, sebuah kisah klasik untuk masa depan...
ALLAH HU AKBAR!!!

As Syahid Fauzi Ismail

Firman Allah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang untuk jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh At Taubah:111

Tahun 1980an banyak merakamkan peristiwa penumpahan darah para syuhada tanahair ini sebagaimana yang dicatatkan di Memali dan Lubuk Merbau. Dalam pada itu, ribuan para mujahiddin bermandikan keringat dan darah di Afghanistan, Chechnya, Iran, Arakan, Moro, Kashmir, Pattani, penyembelihan di Tanjung Periuk dan bumi Aceh di Indonesia. Di medan pertempuran bumi Afghanistan, ramai pula anak bangsa kita turut berjuang atas nama agama.

Di antaranya ada dua anak Melayu yang telah diterima dagangnya oleh Al Khaliq. Yang pertama bernama Abdul Aziz Samad dari Selangor pada pertengahan 1988 namun tiada rekod untuk diceritakan lebih lanjut. Yang kedua ialah Assyahid Fauzi Ismail. Bagi mengenang gugurnya putera Melayu itu maka saya muat-turunkan selingkar kisah dari buku Memoir Jihad Anak Melayu Di Afghanistan tulisan saudara C.N Al Afghani @ Zainon Ismail untuk tatapan pengunjung laman web ini.

Latar Belakang As Syahid
Fauzi Ismail ialah anak kampung Kelut dalam Pokok Sena, Kedah. Dilahirkan dalam pada 1 September 1962, anak muda yang periang dan kental dengan semangat perjuangan ini merupakan pemuda PAS yang istiqomah mempertahankan tapak pusat pengajian Muassasah Darul Ulum iaitu projek terbesar PAS Kedah dalam tahun 1987. Muassasah ini terletak di Batu 14 1/2 Jalan Kuala Nerang berkeluasan lebih kurang 48 relung. Apabila berlaku rampasan sebahagian tanah tapak projek oleh pihak berkuasa, ratusan pemuda telah menawarkan diri untuk mengawal muassasah tersebut. Assyahid antara pemuda yang sanggup berjaga malam di sana.

Miskipun tidak mempunyai pendidikan asas agama yang mendalam tetapi semangat untuk menghayati perjuangan agama begitu kental. Sebelah siangnya beliau membuka kedai runcit di kampung dan malam pula dipenuhi dengan aktiviti keagamaan seperti mengaji al Quran, mengikut kuliah pengajian agama dan berusrah di tapak muassasah itu. Bermalam di sana memang mencabar kerana bertemankan nyamuk dan kedinginan malam. Mereka juga melibatkan diri dalam kerja sosial di kawasan setempat.

Fitnah Menduga Jiwa
Penglibatan pemuda-pemuda di Muassasah tersebut rupanya kurang disenangi oleh banyak pihak samada pihak luar maupun veteran-veteran PAS sendiri. Ekoran dari itu pihak berkuasa tempatan telah mengawasi mereka, lebih-lebih lagi bila aktiviti seni pertahanan diri diamalkan di sana. Guru silat mereka telah dilucutkan tauliah mengajar gara-gara tekanan pihak tertentu. Tekanan banyak pihak ini benar-benar mencabar mereka untuk bermujahadah di jalan Allah.

Berjihad
Idea untuk berjihad bersama mujahidin di bumi Afghanistan tercetus selepas menyaksikan kekejaman kaum kuffar menzalimi saudara-saudara seagama di sana. Ekoran dari itu mereka bersepakat untuk mewakafkan diri sebagai anggota mujahiddin. Setelah bersusah payah mencari wang perbelanjaan untuk pergi ke bumi yang sedang bergelora itu, akhirnya sebilangan anak muda dari tapak muassasah ini berjaya menyertai lain-lain sukarelawan perang jihad dari berbagai negara.

Dagangnya Dibeli Allah
As Syahid dan rakan-rakannya berpeluang kali pertama melawat kem musuh dan bandar Argoon yang telah menjadi padang jarak padang terkukur ditawan oleh mujahiddin. Bangkai musuh masih terbiar di jalanan tetapi keadaan cuaca yang begitu sejuk di sana menyebabkan bangkai tersebut tidak busuk. Berjuang di sini begitu mencabar ketika di musim sejuk kerana kedinginannya begitu mencengkam hingga ke tulang hitam.

Di Khemah, mereka berkawal dan bertugas mengikut jadual. Berpuasa sunat, sholat malam dan latihan jasmani dilakukan. Suatu pagi, dikisahkan assyahid ini bangun mandi sedangkan waktu itu musim sejuk. Rupa-rupanya beliau telah berhadas kerana malamnya bermimpi didatangi bidadari. Dikatakan bahawa bermimpi bidadari di kalangan mujahiddin adalah perkara biasa dan kebanyakannya mereka inilah yang akan terpilih sebagai syuhada dan berpeluang menghampiri bidadari.

Dimaklumkan setelah pasukan mujahiddin berjaya menawan daerah Khost, mereka telah pergi ke wilayah Jalalabad untuk bergabung dengan mujahiddin Arab di sana. Beliau telah diarahkan menjaga kubu di atas bukit yang sederhana tingginya di waktu malam. Bertemankan seorang rakan dari bangsa Arab, mereka mengawal kubu tersebut dan kawasan itu memang kerap disinggah peluru musuh. Telah ramai pula yang menemui syahid di bukit itu.

Memang sudah ditakdirkan antara ratusan biji bom dari kereta kebal musuh itu, ada peruntukan oleh Allah untuk assyahid Fauzi Ismail. Dengan gugurnya ledakan bom itu, berterbanganlah bidadari dari syurga Firdaus menyambut assyahid. Janji Allah itu benar, mimpi beliau sebelum ini memang menjadi kenyataan. Allah telah membayar nyawanya dengan keharuman kasturi dan bidadari yang serba suci. Anak muda itu syahid pada 28 Julai 1989. Allahu Akbar!!

Tanda Kesyahidan
As Syahid Fauzi gugur di kubu itu dan rakannya yang parah dibawa turun untuk mendapat rawatan. Walaupun hampir 10 jam jenazah beliau berada di atas bukit itu, darah merah masih segar bugar dan panas mengalir.

Jangan kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki - Ali Imran 169

Manakala ibu-bapanya di kampung pula, telah dipertemukan Allah dengan anak lelaki mereka bergelar syuhada itu melalui alam mimpi. Mimpi mereka lebih mendahului berita dari manusia. Wajah anak mereka tersenyum sayang dengan berjubah dan berserban merah. Mengertilah mereka bahawa dagang anaknya telah dibeli Allah dan tentunya mereka juga akan mendapat imbuhan dari pelaburan yang termahal ini.
Apabila ditanya kepada bapanya tentang anaknya itu, beliau menjawab:

Dia tak mahu dunia. Dia tinggalkan kedai dan motornya untuk cari akhirat. Sekarang dia dah dapat... saya bersyukur.

Nota:Terima kasih dan jazakumullah Khairan kathira kepada C.N Al Afghani kerana membukukan kisah perjuangan ini. Semoga Allah memberi ganjaran dan rahmat kepada saudara. Bersabarlah dalam merintis onak dan duri tribulasi ini. Amin.

Ehsan: Jihad Maya
Related Posts with Thumbnails